245 aduan diterima menerusi [email protected], tindakan diambil dalam tempoh 48-72 jam untuk sebahagian kes

0 Comments

harga toyota bandung

Selepas Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengundang orang awam untuk menjadi mata-mata sepanjang tempoh Kempen Keselamatan Jalan Raya dan Op Bersepadu sempena Aidilfitri, sebanyak 245 laporan diterima menerusi aplikasi [email protected] sejak 29 April lalu.

Menurut Timbalan Ketua pengarah (perancangan dan operasi) JPJ, Aedy Fadly Ramli, kesalahan tertinggi yang dilaporkan ialah memotong barisan dan menggunakan lorong kecemasan.

“Aplikasi ini baru dilancarkan seminggu sebelum Aidilfitri dan kami menerima kerjasama yang amat baik daripada pengguna jalan raya di seluruh negara,” ujarnya, seperti yang dilaporkan oleh Bernama.

Beliau turut berkata tindakan dalam tempoh antara 48 hingga 72 jam diambil bagi sebahagian kes yang diadukan.

“JPJ mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada rakyat Malaysia yang sudi membantu kami untuk menguatkuasakan undang-undang jalan raya dengan cara melaporkan kejadian melalui video dan gambar yang sah melalui aplikasi [email protected],” tambahnya.

Aplikasi [email protected] boleh dimuat turun menerusi Google Play Stire untuk telefon pintar Android, dan pengguna perlu mengaktifkan sistem Kedudukan Global (GPS) untuk memudahkan pengesanan lokasi. Buat masa ini, tidak dimaklumkan adalah ia turut boleh dimuat turun menerusi App Store bagi peranti iOS.

Dalam pada itu, Aedy Fadly turut berkata, JPJ telah memeriksa sebanyak 89,490 kenderaan dalam kempen keselamatan jalan raya Op Bersepadu sempena Hari Raya Aidilfitri. Daripada jumlah itu, sejumlah 18,690 notis pelbagai kesalahan telah dikeluarkan, dan kesalahan tertinggi yang dikesan ialah tidak memiliki lesen memandu dan tidak memperbaharui cukai jalan.

Promo toyota bandung