GALERI: MINI Electric Resolute Edition 2022 di M’sia – sentuhan gaya istimewa, jarak EV 232 km; dari RM198k

0 Comments

harga toyota bandung

Bulan lalu, kami telah melaporkan MINI Electric Resolute Edition sudah pun ditawarkan di Malaysia dan kini kami membawakan galeri penuh untuk varian baharu bagi Cooper SE ini. Menurut MINI Malaysia, unit terhad untuk Resolute edition ini, yang diperkenalkan di peringkat global pada Februari lalu, ditawarkan pada harga RM197,934 atas jalan tanpa insurans.

Harga tersebut termasuk dengan insentif bagi kenderaan elektrik (EV) dan juga waranti standard dua-tahun dan perbatuan tanpa had. Tetapi dengan waranti lanjutan empat-tahun dan pakej servis, harganya meningkat sebanyak RM5,330 iaitu mencecah RM203, 264. Berbanding dengan varian biasa Cooper SE, Resolute Edition lebih mahal sebanyak RM12,000.

Untuk rekaannya, Resolute Edition menampilkan kemasan warna luaran Rebel Green bagi memberikan penghormatan kepada Connought Green yang digunakan pada Austin 1100, yang menerima rekaan dari Alec Issigonis, individu yang bertanggungjawab menghasilkan Mini original.

Warna terbabit, yang sebelum ini dikhaskan untuk model John Cooper Works, dipadankan dengan bumbung dan cermin sisi kontras Pepper White. Selain itu, kemasan Resolute Bronze juga kelihatan pada beberapa bahagian kenderana ini, termasuk pada keliling lampu utama, gril hadapan, lampu belakang, scuttles sisi serta pemegang pada pintu dan tailgate. Ia juga dipadankan dengan roda aloi dua-tona Power Spoke 17-inci.

Perincian lain termasuklah jaluran bonet yang menampilkan paten garisan selari dengan kecerunan warna yang bertukar dari bayangan keemasan terang ke gelap, dengan skrip ‘Resolute’. Efek ini juga diaplikasikan pada kemasan ambang pintu. Selain itu, lencana model, logo jenama dan kemasan waistline diberikan dengan tona Piana Black.

Di dalamnya, upholstery kulit Carbon Black yang diberikan secara standard buat Cooper SE telah digantikan dengan kombinasi fabrik/kulit dalam rona Black Pearl/Light Chequered. Ia juga diberikan roda stereng balutan kulit Nappa dengan logo Resolute pada bawah jejari. Permukaan dalaman juga menerima paten pinstripe tersendiri dengan garisan melengkung dalam tona keemasan terang.

Selain daripada itu, ciri lain pada Resolute Edition masih sama seperti Cooper SE. Motor elektrik yang dipasang di hadapan dengan kuasa 184 PS (181 hp atau 135 kW) dan tork 270 Nm dijanakan dari bateri lithium-ion 32.6 kWh (boleh guna 28.9 kWh), yang mampu memberikannya jarak sehingga 232 km mengikut standard WLTP. Larasan ini juga membolehkan jentera ini dipecut dari 0-100 km/j dalam 7.3 saat dan kelajuan maksima mencapai 150 km/j.

Sama seperti Cooper SE, pengecasan bagi Resolute Edition mengambil masa lebih kurang dua jam 30 minit dengan pengecas AC 11 kW (sambungan Type 2). Secara alternatif, jentera ini juga boleh menggunakan pengecas pantas DC (sambungan CCS2) sehingga 50 kW, dengan status pengecasan dari 10-80% sekitar 36 minit.

Untuk ciri lain, Resolute Edition masih mirip dengan varian asas facelift termasuk lampu utama LED adaptif, kemasukan tanpa kunci dan butang penghidup enjin, kawalan suhu dwi-zon, cermin auto-kelam, Bantuan Parkir, paparan utama, kluster instrumen digital lima-inci, skrin sesentuh MINI Navigation System 8.8-inci dengan Apple CarPlay, sistem bunyi Harman Kardon dengan 12-pembesar suara, pengecas tanpa wayar Qi, kamera undur, enam beg udara dan pakej Bantuan Pemanduan (AEB, LDW).

Promo toyota bandung