Harga minyak 26 Mei-1 Jun — RON97 naik 37 sen lagi!

0 Comments

harga toyota bandung

Dalam masa kurang lebih dua minggu, harga seliter bagi petrol RON97 naik 37 sen sekali lagi untuk tempoh seminggu ke depan, dari 26 Mei hingga 1 Jun 2022. Ini menjadikan harga berubah dari RM4.33 seliter minggu lalu kepada RM4.70 seliter untuk seminggu yang akan datang.

Bagi petrol RON95 pula, ia kekal pada harga siling RM2.05, sama seperti sebelum ini. Begitu juga dengan harga diesel Euro B10/B20 yang masih juga dikekalkan pada harga RM2.15 seliter, dan gred Euro 5 B7 pula dijual pada harga RM2.35 seliter.

Harga baru yang diumumkan oleh Kementerian Kewangan ini akan dilaksanakan bermula jam 12 tengah malam nanti, bagi tempoh seminggu, dari 26 Mei hingga 1 Jun 2022.

Promo toyota bandung