Malaysia bakal jadi hab data raya strategik dengan adanya rangkaian Digital Lebuh Raya – Menteri

0 Comments

harga toyota bandung

Dengan adanya projek Rangkaian Digital Lebuh Raya bernilai RM300 juta yang dijangka siap sepenuhnya pada 2025 berpotensi menjadikan Malaysia sebagai hab data raya strategik di rantau ASEAN, ujar Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Menurut beliau, projek tiga fasa bagi membina dan mengendalikan kabel gentian optik di sepanjang lebuh raya seliaan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) tersebut telah diluluskan oleh kerajaan kepada MSA Resources Sdn Bhd (MSAR).

“Infrastruktur telekomunikasi baharu dengan teknologi kependaman di sepanjang lebuh raya utama negara ini akan dapat memberikan capaian yang lancar untuk trafik jalur lebar di peringkat domestik dan antarabangsa.

“Sebanyak 4,000 titik hubungan (POI) akan menghubungkan bandar dan kawasan luar bandar dengan liputan jalur lebar yang tinggi kelak dengan menyumbang kepada peningkatan penyampaian awam atas talian seperti kemudahan kesihatan, pendidikan dan juga pengangkutan,” katanya menerusi laporan Bernama.

Tambah beliau lagi, dengan ketersediaan infrastruktur itu ia akan memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat, sektor ekonomi dan perkhidmatan di negara ini.

“Kemudahan berkenaan itu juga akan membolehkan perniagaan beralih kepada platform digital secara tidak langsung rakyat akan mempunyai pilihan barangan dan perkhidmatan yang berkualiti tinggi dengan harga yang optimum,” katanya lagi.

Pengarah Urusan MSAR,Saiful Husni Samak pula berkata, projek itu akan dibangunkan melalui tiga fasa iaitu fasa pertama melibatkan Lebuhraya Utara-Selatan dari Bukit Kayu Hitam ke Johor Bahru, fasa kedua melibatkan lebuh raya dalam bandar di Lembah Klang dan fasa ketiga menghubungkan pantai timur.

“MSAR juga menyediakan sepasang kabel gentian optik kepada LLM, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) secara percuma dan kami turut menyediakan WiFi di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) secara percuma juga di sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan,” katanya sambil menambah projek itu juga akan menyumbang RM12 juta setahun melalui bayaran perkhidmatan kepada kerajaan.

Promo toyota bandung