Perodua Alza 2022 – 51,000 unit telah ditempah setakat ini, 7,682 unit telah diserahkan kepada pelanggan

0 Comments

harga toyota bandung

Ketika mengumumkan prestasi jualan untuk bulan Ogos semalam, presiden dan CEO Perodua,Dato’ Sri Zainal Abidin Ahmad turut menyatakan bahawa hanya selepas dua bulan dilancarkan, model generasi baharu MPV Perodua Alza 2022 kini telah ditempah sebanyak 51,000 unit setakat ini.

Tempahan bagi MPV ini telahpun mula dibuka pada 23 Jun 2022, iaitu sebelum ia dilancarkan secara rasmi pada 20 Julai. Ketika dilancarkan, tempahannya sudahpun mencecah 30,000 unit. Dengan jumlah tempahan terkini yang diumumkan ini, momentum tempahan Alza 2022 dilihat terus konsisten walaupun ia tidak lagi menerima insentif pengecualian cukai jualan untuk mereka yang menempahnya selepas 30 Julai 2022.

Zainal turut menyatakan bahawa dari kesemua tempahan berkenaan, sebanyak 7,682 unit telah berjaya diserahkan kepada pelanggan sehingga kini. Sekitar 4,000 Alza telah diserahkan kepada pelanggan sehingga penghujung Julai 2022, dan ini bermakna lebih 3,000 unit MPV tersebut diserahkan kepada pelanggan sepanjang Ogos, menepati sasaran Perodua sebelum ini untuk menghasilkan 3,000 unit Alza sebulan.

Ketika dilancarkan, Perodua Alza 2022 ditawarkan dalam tiga varian berbeza, dengan harga atas jalan tanpa insuran lengkap dengan SST bermula RM62,500 untuk varian asas 1.5 X, RM68,000 untuk varian pertengahan Alza H dan RM75,000 untuk varian tertingg Alza AV. Kesemua varian Alza 2022 ini dijana oleh enjin 2NR-VE 1.5 liter empat silinder Dual VVT-i berkuasa 105 hp dan tork maksima 138 Nm digandingkan bersama kotak gear D-CVT.

Untuk lebih perincian berkenaan spesifikasi setiap varian Alza 2022, anda boleh bacanya pada PAUTAN INI. Kami telah memandu uji MPV ini dan laporannya anda boleh baca pada PAUTAN INI. Jika anda mahu tahu perbandingan kos servis Alza 2022 berbanding pesaingnya seperti Honda BR-V dan Mitsubishi Xpander, anda boleh bacanya pada PAUTAN INI. Kami juga ada membuat perbandingan kos servis Alza 2022 ini model-model Perodua yang lain dan anda boleh bacanya pada PAUTAN INI.

Perodua Alza 2022 1.5L AV

Perodua Alza 2022 1.5L H

Perodua Alza 2022 1.5L X

Perodua Alza 2022 dengan kit GearUp

Promo toyota bandung