Toyota GR86 Special Edition 2023 didedahkan untuk USA – roda baharu, ekzos catback; terhad 860 unit

0 Comments

harga toyota bandung

Pasaran Amerika Syarikat (USA) bakal menerima Toyota GR86 Special Edition baharu, versi edisi terhad untuk jentera generasi kedua itu yang pertama kali diperkenalkan di negara berkenaan pada akhir Jun. Hanya terhad sebanyak 860 unit, Special Edition akan dijual sebagai model tahun 2023 dan didatangkan dengan beberapa sentuhan unik bagi meraikan “keseronokan sejati pemanduan kereta sport“, menurut Toyota USA.

Berasaskan gred Premium sedia ada, Special Edition ini didatangkan dengan warna kemasan jingga Solar Shift eksklusif. Selain itu, ia juga diberikan duckbill spoiler berwarna hitam untuk bahagian belakang serta grafik GR yang unik pada C-pillar.

Roda tempaan juga baharu untuk Special Edition. Masih kekal dengan saiz 18-inci, ia turut menampilkan rekaan spesifik-GR dengan kemasan hitam pekat. Dipadankan dengan tayar Michelin Pilot Sport 4, roda ini juga diberikan penutup tengah yang sepadan dan juga lug nuts hitam.

Buat masa ini, imej kabinnya masih belum didedahkan, namun menurut Toyota, jentera ini bakal menerima ruang dalaman dengan kemasan kulit/Ultrasuede bersama lencana khas dengan kod-warna yang sama dengan luar.

Secara mekanikalnya, sama seperti GR86 biasa, ia masih dipadankan dengan enjin 2.4 liter naturally-aspirated empat-silinder flat dengan kuasa 231 PS (228 hp) dan tork 249 Nm. Pacuannya disalurkan ke roda belakang menerusi kotak gear manual atau automatik enam-kelajuan, turut dilengkapi dengan Torsen limited-slip differential di belakang secara standard.

Walau bagaimana pun, Special Edition ini akan menerima sistem ekzos prestasi GR catback dengan paip keluli tahan karat, corong krom hitam dan logo GR. Perincian penuhnya akan dibongkarkan apabila ia diperkenalkan secara rasmi kelak.

Promo toyota bandung