VIDEO: Potong barisan di titik buta lori, terus disodok

0 Comments

harga toyota bandung

Sudah banyak kali kita diingatkan dengan titik buta di sekeliling kenderaan berat dan kali ini tersebar satu lagi video yang menunjukkan masih ramai belum sedar. Kejadian dikatakan berlaku di Sarawak, dan melibatkan sebuah Proton Saga dengan lori simen.

Melalui tiga video yang dimuat naik oleh Fareez Aiman di Facebook ini, kita boleh melihat Saga yang berada di lorong paling kiri sewaktu berhenti di lampu isyarat cuba membelok ke simpang kanan dan memasuki laluan lori yang berada di sebelah kanan.

Perlanggaran berlaku apabila separuh badan Saga tersebut berada di hadapan lori, dan malangnya, lori tersebut tidak terus berhenti dan menyeretnya sehingga beberapa meter ke hadapan. Pemilik lori juga nampak seperti ada pertimbangan kepada orang lain dengan memberikan lampu tunjuk arah ke kiri serta mencari lorong kiri yang luas untuk berhenti.

Walaupun dalam video ini mungkin kelihatan seperti tidak ada kecederaan serius, kami masih mahu mengingatkan sekali lagi kepada anda titik buta lori itu adalah benar, lagi luas berbanding kenderaan biasa dan berhati-hatilah sekiranya anda berada berhampiran kenderaan berat.

Promo toyota bandung